Ke Mana Hilangnya Bendang Kita

Ke Mana Hilangnya Bendang Kita

Bonda,

aku rindukan kampung kita yang dulu

aku rindukan bendang kita ketika padi mula

menguning bagaikan lautan emas brombak

ketika dipuput bayu

aku rindukan suara burung pipit yang berebut

menjamah padi ketika mula masak

aku rindukan lincahnya puyu berenang di celah-celah

rumpun padi yang mula membesar

aku rindukan anak sungai yang mengalir jernih

dia dalamnya sarat dengan sembilang, sepat, haruan

yang sentiasa menanti memmakan umpan pancing kita

dan yang paling aku rindukan bonda

menjamah beras baru yang dulu kita raikan sekeluarga

dengan berlaukkan daging ayam kampung yang lazat.

Bonda,

kini bendang kita dihuni mensiang yang meninggi

senduduk semakin banyak tumbuh meliar

anak sungai diganti dengan sungai batu

yang terkadang airnya laju dan terkadang lesu

burung pipit merajuk membawa diri entah ke mana

dan sawah kita mungkinkah dihuni oleh si batik ular sawa.

Bonda,

akan pulihkah bendang kita kembali?

atau akan hilang dan tidak berganti?

Hanis N.S

Dewan Sastera, Julai, 2002.

Sajak ‘Ke Mana Hilangnya Bendang Kita’ hasil karya Hanis N.S yang dipetik dari Dewan Saster, Julai 2002, mengisahkan perasaan penulis yang amat merindui bendang di kampung halamannya. Hal ini demikian kerana bendang tersebut adalah sangat signifikan terhadap dirinya. Tajuk ‘Ke Mana Hilangnya Bendang Kita’ juga jelas memaparkan perasaan rindu penulis yang melampu sehingga mengatakan bahawa bendang tersebut ‘hilang’. Frasa ‘hilang’ bermaksud tiada dari sesuatu tempat yang menggambarkan bahawa bendang tersebut dialihkan dari tempat asal sedangkan perkara ini adalah mustahil. Bagi memastikan pembaca dapat memahami perasaan penulis dengan lebih jelas, jadi penulis menggunakan beberapa unsur-unsur kesusasteraan dalam karya tersebut seperti persoalan, unsur imejan, struktur sajak, nada, dan diksi yang menarik. Oleh itu, ulasan ini akan membincangkan keberkesanan unsur-unsur tersebut di dalam sajak ini.

Persoalan yang jelas dipaparkan oleh penulis ialah memori lalu hilang. Berdasarkan sajak, Hanis N.S. menceritakan tentang bendang. Bagi penulis, bendang sangat bermakna kerana bendang adalah jantung kepada kampung halamannya. Hal ini dapat dibuktikan, ketika adanya bendang keadaan kampung tersebut sangat damai, sentosa dan tenteram.

‘ aku rindukan bendang kita ketika padi

mula menguning bagaikan lautan emas berombak

ketika dipuput bayu

aku rindukan suara burung pipit …’ [baris 3-6]

Keratan sajak di atas menggambarkan suasana bendang ketika bendang masih dikerjakan. Suasana bendang itu menghiburkan hati penulis. Namun, apabila bendang ini sudah tidak dikerjakan semua kedamaian ini lesap. Hal ini dapat digambarkan oleh penulis pada rangkap kedua dengan jelas. Impaknya, penulis berasa rindu. Suasana kampung halaman yang damai di bendang itulah memori yang hilang.

Seterusnya, penulis memasukkan unsur-unsur imejan dengan sarat agar pembaca dapat memahami perasaan rindunya dengan lebih tepat. Penggunaan unsur imejan ini memberikan kesan yang lebih mendalam apabila penulis menempelkan sifat bersama unsur imejan.

‘ aku rindukan bendang kita ketika padi

mula menguning bagaikan lautan emas berombak’ [baris 3-5]

Berdasarkan petikan sajak di atas penulis cuba menyampaikan suasana di bendang ketika padi mula masak. ‘padi’ ialah unsur imejan yang digunakan oleh penulis dan disifatkan dengan warna kuning berdasarkan frasa ‘ mula menguning’. Oleh itu, unsur imejan dan sifat ini meberikan kesan visual dan membantu pembaca untuk membayangkan keadaan bendang tersebut dengan lebih jelas. Frasa ‘mula’ pula membuatkan imaginasi pembaca tidak besifat kaku namun lebih hidup kerana pembaca dapat akan membayangkan keadaan padi yang berubah menjadi kuning.

‘ aku rindukan suara burung pipit yang berebut

menjamah padi ketika mula masak’ [ baris 6-7]

Manakala, keratan sajak di atas menampakkan pembaca bahawa selain kesan visual penulis juga menggunakan kesan audio untuk memastikan pembaca benar-benar berada di kawasan bendang. Frasa ‘suara burung pipit’ membuatkan pembaca membayangkan bunyi burung pipit. Selain itu, penempelan sifat terhadap ‘suara burung pipit’ iaitu sifat ‘berebut menjamah padi’ membuatkan bayangan bunyi yang lebih jelas.

Oleh itu, penggunaan unsur imejan yang member kesan visual dan bunyi membawa pembaca kembali ke masa silam dan mengalami kembali kedamian yang pernah penulis rasai.

Apabila di lihat kembali sajak, sajak ini dibahagikan kepada 3 rangkap. Rangkap pertama mempunyai 15 rangkap, rangkap kedua mempunyai 7 rangkap dan rangkap terakhir mempunyai 3 rangkap. Penulis, Hanis N.S, sengaja membahagikan sajak ini kepada 3 rangkap untuk memudahkan pembaca memahami perasannya kerana penulis menggunakan teknik imbas kembali dalam sajak.

Rangkap pertama sajak merupakan kenangan lama penulis dan penulis mengimbau kembali masa tersebut dengan menggunakan teknik imbas kembali. Sepanjang rangkap ini penulis membawa pembaca untuk menyinggah masa lampaunya. Baris ‘aku rindukan kampung kita yang dulu’ [baris 2] merupakan pendahuluan sajak yang memberikan cetusan idea awal terhadap pembaca tentang apa yang akan diluahkan penulis. Pada rangkap kedua, penulis membawa pembaca ke masa kini. Penggunaan frasa ‘kini’ merupakan isyarakat kepada pembaca bahawa penulis mahu mereka kembali ke masa kini dan melihat keadaan bendang tersebut yang sudah tidak dikerjakan lagi. Baris 17 hingga 22 menjelaskan pembaca keadaan bendang tersbut. Manakala rangkap ketiga menajadi penutup sajak kerasa penulis meletakkan harapan penulis terhadap bendang tesebut. Oleh yang demikian, penyusunan rangkap-rangkap ini membantu pembaca untuk memahami pegerakan waktu yang penulis lakukan.

Di samping itu, penulis menggunakan repitisi frasa ‘Bonda’ pada setiap rangkap bagi membuatkan nada sajak bersifat melankolik. Penggunaan frasa ini menggambarkan bahawa penulis seolah-olah sedang meluahkan perasaan kepada bondanya di dalam hati. Hal ini dapat dikukuhkan lagi dengan penggunaan koma ‘,’ pada setiap frasa ‘Bonda’ awal setiap rangkap. Perkara ini membuktikan bahawa penulis cuba memisahkan antara mesej yang ingin disampaikan dengan watak ‘Bonda’ tersebut.

Bukan itu sahaja, pemilihan diksi yang sesuai membuatkan pembaca benar-benar memahami rintihan penulis yang merindui bendangnya yang damai. Frasa ‘lautan’ pada baris 3 digunakan penulis bukan sahaja ingin meletakkan sifat zahir lautan yang luas tetapi juga untuk memberikan kesan keadaan seperti di lautan yang aman dan nyaman dengan tiupan bayunya. Begitu juga dengan frasa ‘menjamah’ yang dipersonifikasikan kepada burung pipit pada baris 7. Frasa ‘menjamah’ menggambarkan keadaan burung yang sopan dan menampakkan kerelaan penulis untuk melihat burung pipit memakan padi tersebut. Oleh itu, pada rangkap pertama penulis menggunaan diksi yang menggambarkan perasaan yang positif.

Namun, pada rangkap kedua penulis menggunakan diksi yang menggambarkan perasaan yang negatif bagi menekankan perasaan sedihnya terhadap ketiadaan bendang tersebut. Frasa ‘meliar’ pada baris ke-18 menggambarkan perasaan penulis yang tidak rela dengan keadaan bendang tersebut. Manakala frasa ‘merajuk’ yang disifatkan kepada burung pipit juga memberikan suasana yang sedih. Jadi, pemilihan diksi membantu pembaca memahami perasaan penulis.

Secara tuntasnya, penulis menggambungkan unsur-unsur kesusastereaan bagi menyampaikan perasaan rindunya terhadap memori lalunya yang hilang kesan daripada bendang yang tidak dikerjakan lagi. Pembaca benar-benar terkesan dengan jalinan unsur-unsur ini dan unsur-unsur ini juga membantu pembaca untuk menyelami perasaan penulis.

Photo shoot

One of the photos for Performance and Awards' Night. I am the integral part for the night as I am the head of Multimedia Presentation Committee -becoming the King of Adobe Flash Professional CS3 at school.. hahaha... - though not the main committee :)
But and exam is next week.. not ready yet as I am being swamped with the Night's works. :(
Pray for me guys :) c u later.

Bintang

Sekali lagi aku sendiri berdiri

ditepian pantai berteman bayu laut

setelah berkali-kali menanti

kau – bintang - tiang hati bertaut.

Tertawar kawah lara duka. Pabila

kau menyubur senyum ceria, dan

menghapus segala pedih derita. Dalam

singgahan pelita gembira.

Munculmu tiada tentu. Hari ini,

kau di sisi. Esok,

tiada janji,

dan tulat terseksa menanti

dalam kelemasan gelora rindu membadai hati

dalam perangkap ilusi memori lalu. Tapi

setiaku tegap berdiri –

aku teguh di sini

masih pasti

menanti, menanti, dan terus menanti.

Kerana kau bintang yang dicari.

Di balik

rimbunan bintang bersinar suci.

Aku Dijajah Lagi

Aku dijajah lagi! Semuanya dek angkara si petualang durjana yang kelemasan dalam rempuhan badai dunia material. Padahnya ditanggung oleh aku dan warga senegara senasib.

Tatkala aku girang belajar bersama warga senegara senasib, ura-ura ibu pertiwi aku dijajah membuatkan aku terbahak-bahak ketawa. Namun, realiti menyengat fantasi. Aku kelu terpaku - aku dijajah lagi!

Kata Tham Li aku dijajah lagi disebabkan kita tidak bersatu. Dinesh juga bersetuju. Tapi aku tidak fikir begitu. Aku sedar dan tahu. Demi kepentingan diri, si pengkhianat bangsa dan negara itu mengaut untung atas perjanjian-perjanjian sulit dengan penjajah. Maka, tenggelamlah bahtera merdeka berlayar damai.

Segala coretan mimpi ngeri dalam debuan lipatan sejarah ialah realiti. Dulu, aku dan warga senegara senasib bebas bersuara atas nama hak asasi manusia tapi kini tajamnya lidah tumpul kerana penjajah kebal berkuasa. Puas sudah aku dan warga senegara senasib berkomunikasi, berdiskusi dan berkonfrontasi atas nama satu bangsa tapi hasilnya tiada.

Segala kemewahan dan kesenangan warga senegara senasib kini hilang sekelip mata. Jika dulu kami bercantik-cantik dalam berpakaian. Tapi, hari ini, seluar kami bertukar guni padi. Dulu kami berkesempatan untuk berjalan-jalan mesra meneliti keindahan langit malam berlatar sinaran rembulan penuh dipagari kerdipan bintang-bintang cerlang tapi atas perintah darurat kami perlu ‘masuk rumah awal’ atau penjajah akan menahan kami dan membawa kami ke bilik tahanan. Ketidakberakalan mereka terserlah. Kami diseksa bagai binatang; ada yang dipaksa meminum air sabun sehingga perut besar memboroi. Dicocok-cocok pula dengan buritan senapang hingga pecah, dan terburai berhamburan. Segala kelazatan himpunan makanan pelbagai bangsa warga senegara senasib seperti lemang, muruku, dan kek bulan kini tiada. Bayangkanlah nasi sesuap sukar untuk dicari. Makanan dicatu. Air juga begitu. Hendak mandi sehari sekali pun rasanya bagai mimpi. Sehinggakan kami di larang membawa air keluar dari rumah apatah lagi di bawa ke kelas. Komunikasi kami disekat. Tiada lagi telefon mudah alih apatah lagi Blackberry. Tiada lagi internet apatah lagi Facebook. Setiap jejak langkah kami dihidu. Pantang melihat masa lapang kami, terus kami dipaksa menjadi buruh mereka. Untungnya mereka ‘sapu’.

Kadang-kadang aku terfikir untung juga warga senegara yang berjaya melarikan diri daripada penjajah. Mereka membina hidup baharu berpaksi ilmu yang mereka timba di sini. Kenapa tidak aku mengikuti mereka?

Tidak! Negara ini milik aku!

Milik aku dan warga senegera senasib. Cukuplah si petualang itu menggadaikan damai lalu. Biar aku dan warga senegara senasib menyelongkar tujuh lautan tidak bertepi mencari bahtera merdeka berlayar damai lalu.

Ikutkan hati ingin saja aku merobek-robek perut-perut petualang dan penjajah yang kegelojohan meratah-ratah harta dan pusaka aku dan warga senegara senasib.

“Usah kau termenung lagi,” suara garau guruku meneyentap mainan memori.

“Kita perlu bersatu!”